Telah ku cuba
Untuk melupakan dirimu
Telah ku cuba
Untuk menghilangkan semua rinduku
Biarpun terpaksa
Menelan kepahitannya
Namun aku rela
Daripada menanggung siksa
Biarpun aku cinta
Cinta kepadamu
Biarpun aku sayang
Sayang padamu
Bila orang dah benci
Apa guna nak ku nanti
Ku bagai lilin membakar diri
Ku sangka panas sampai ke petang
Rupanya hujan di tengahari
Ku sangka engkau benar-benar sayang
Rupanya aku didustai
Pergilah kau pergi sayang
Andainya itu yang kau mahu
Rela aku menderita
Asalkan kau bahagia